Firstly, thank you so much for coming to the screening. I’m really glad that so many of you, especially those from the Mak Nyah community decided to support the documentary.
I’m sorry that I didn’t answer several questions about how I feel and where I want the issue to go. It’s not that I don’t have an opinion or am not informed.
It’s just that as a journalist, I strongly feel that it’s not my place to publicly talk about my opinion.
It’s about the Mak Nyahs, the religious officials, the registrar and the police. Ask them what they think and how they feel.
And ask yourself those same questions now that you’ve watched “Pecah Lobang,” and share them so that we all grow together.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana hadir ke tayangan perdana “Pecah Lobang.” Saya amat terharu apabila ramai daripada anda, terutamanya daripada komuniti mak nyah telah berkeputusan untuk menyokong dokumentari ini.
Saya juga ingin memohon maaf kerana tidak menjawab beberapa soalan tentang ke mana saya ingin membawa isu ini. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna saya tidak mempunyai pendapat saya sendiri.
Sebaliknya, sebagai seorang wartawan saya merasakan bahawa saya tidak patut mencampur-adukkan pendapat saya dengan laporan saya.
Dokumentari ini adalah mengenai komuniti Mak Nyah, penguatkuasa agama, Jabatan Pendaftaran Negara serta pihak polis. Segala soalan harus ditujukan kepada mereka.
Kemudian, tanyakan soalan-soalan tersebut kepada diri anda sendiri dan kongsikan pendapat anda dengan masyarakat. Harapan saya adalah supaya kita akan matang bersama-sama dengan perkongsian itu.

Click to join the group for PecahLobang.com